New Page 1

 

 

 

Kontroversi Gambar; PAS ikut jejak Pak Lah?

 

 

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebelum ini menyiarkan gambar kontroversi Pak Lah memegang bahu pelakon Michele Yeoh sewaktu majlis makan malam dalam acara Monsun Cup. Gambar tersebut asalnya disiarkan di dalam laman web rasmi acara tersebut, kemudiannya digantikan dengan gambar lain.

 

Baru-baru ini juga, isu aurat juga dibangkit dan dikuatkuasakan oleh kerajaan Kelantan yang mana sejumlah denda akan dikenakan kepada pada wanita yang mendedahkan aurat di negeri Kelantan.

 

Kini, PAS melalui Harakahdaily.net dengan beraninya menyiarkan gambar gadis yang tidak bertudung di dalam ruangan iklan laman tersebut. Perkara ini bukanlah suatu yang baru, sudah lama iklan ini disiarkan. Mungkinkah tidak lama lagi, Harakahdaily.net akan menukarkan iklan tersebut dengan iklan yang lain? Mengikut jejak laman Monsun Cup?

 

Kesimpulannya, PAS tidak sensitif dan tidak konsisten dengan isu yang diperjuangkannya. Makanya, akhbar Harakah adalah wajar dirampas oleh KDN.

 

 

Oleh kerana terlalu hebat mengecam Islam Hadhari, Islam apakah yang mahu dibawa oleh PAS sebenarnya?

 

 

 

Editor JAMIS UPM.

3 Januari 2006.

 

 

<<Kembali ke Halaman Utama JAMIS UPM.